Friday, August 27, 2010

senaman

SENAMAN
APA ITU SENAMAN?
1)       Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
2)     Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.
3)     Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan,berenang, lompat tali dan berbasikal.
APA ITU AKTIVITI FIZIKAL?
1)       Aktiviti fizikal ialah pergerakan yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang dapat membakar kalori secara berlebihan.
2)     Aktiviti fizikal seperti kerja-kerja yang sering dilakukan di rumah.
3)     Contohnya, menyapu atau mop lantai, mengemas rumah,membasuh kereta, berkebun di halaman rumah atau menaiki tangga.
KENAPA SENAMAN?
1)       Senaman mampu meningkatkan tahap kecergasan serta juga bantu mengurangkan berat badan.
2)     Masa kini pemakanan yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak aktif menyebabkan keperatusan lemak tubuh badan bertambah.
3)     Cara menghapuskan lebihan lemak ialah melalui senaman.
KESAN BERSENAM…
1)       Mengurangkan peyakit berkaitan kardiovaskular
2)     Serangan tidak serious @ sehebat mereka yang tidak bersenam.
3)     Faktor yang menyumbang kepada peyakit jantung
‡        baka
‡        gaya hidup
‡        berat badan yang berlebihan
‡        merokok
‡        minuman beralkahol, berkafein tinggi
‡        tekanan jiwa
‡        kencing manis
‡        tekanan darah tinggi
4)    Mengawal berat badan unggul.
5)     Kegemukan boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit berkaitan seperti:-
‡        Penyakit jantung
‡        Penyakit kronik
‡        Penyakit usia
‡        Penyakit emosi
6)     Kelihatan segak / cantik
‡        Sistem tubuh badan berfungsi dengan effisyen.
‡        Meningkatkan bentuk badan (BODY TONES) secara tidak langsung akan mmbentuk postur yang baik.
‡        Mengurangkan masalah penyakit “lower back pain”

7)     Perasaan gembira
‡        Perasaan “feel better” memberi peluang untuk enikmati perasaan gembira dan membentuk imej kendiri dan badan yang positif.
‡        Senaman akan melepaskan bahan kimia-adenosine triphosphate yang membantu saluran darah mengembang dan membawa peredaran darah di bahagian otak pada tahap yang maksimum.

8)     Penjimatan penggunaan tenaga
9)     Melakukan tugas dengan menggunakan tenaga yang sedikit tetap berkesan.
10)   Contoh:  menjalankan kerja harian tanpa merasa cepat lesu @ letih walaupun tugas yang banyak.
11)       Mempertahan proses penuaan
12)     Asas dalam membina kemahiran fizikal dan mampu meningkatkan prestasi fizikal.
13)    Memanjang masa kelesuan.
14)   Cara mengurangkan stres dan tekanan.
15)    Meransang dalam peningkatkan aktiviti mental.
16)     Meningkatkan kekuatan sistem skeletal.
17)     Meningkatkan keupayaan untuk menghadapi tekanan dalam hidupan dan ketika kecemasan.
18)     Kesan positif terhadap sistem / organ tubuh badan.
19)     Meningkatkan kapasiti dan tahap kesihatan Sistem Peredaran dan Penafasan.
20)   Meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti sistem sendi-otot.
ELEMEN ASAS PERSEDIAAN SENAMAN…
1)       Terdapat 4 elemen asas yang perlu dilakukan dalam sebarang program aktiviti fizikal iaitu memanaskan badan, regangan, melakukan aktiviti aerobik dan menyejukkan badan.
MEMANASKAN BADAN
1)       Tindakan ini akan menyediakan badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan kerengsaan.
2)     Luangkan masa antara 5 hingga 10 minit melakukan senaman yang boleh meningkat suhu badan, mempercepatkan denyutan jantung, melunturkan otot, sendi dan ligamen yang kejap serta mampat dan meningkatkan kelenturan atau kelembutan.
3)     Aktiviti badan dapat membantu klien melakukan sesuatu gerakan atau aktiviti fizikal dengan mudah dan bebas.
4)    Aktiviti memanaskan badan ini boleh dilakukan dalam bentuk berjoging, berlari setempat atau berjalan dengan pantas.
5)     Pilih gerak senaman yang dapat meningkatkan denyutan jantung dan sistem pengaliran darah secara beransur-ansur.
‡        Ruang ibu kaki
‡        Gelung tumit 
‡        Kaunter tumit
‡        Bahagian atas
‡        Tapak dalam
‡        Tapak tengah
‡        Tapak luar 
‡        Kolar pergelangan kaki
6)     Setelah pecah peluh, otot-otot telah mula memanjang maka reganganbolehlah dimulakan.
MELAKUKAN REGANGAN
‡        Regangan penting dilakukan untuk menyediakan badan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak, serta memudahkan aktiviti tersebut dilakukan dan seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi.
Cara melakukan regangan
‡        Lakukan senaman yang dapat meregangkan otot dan melonggarkan semua sendi tanpa melampaui julat pergerakan.
‡        Regangkan semua bahagian badan dan kumpulan otot termasuk leher,bahu, sendi tangan, pinggang dan kaki (termasuk paha, betis dan lutut) 
Cara melakukan
regangan:
‡        Setiap regangan tidak seharusnya mendatangkan kesakitan yang berpanjangan. Regangkan otot sehingga berasa kurang selesa. 
‡        Elakkan daripada meregang melampaui keupayaan ligamen dan kapsul yang mengelilingi sendi.
‡        Berhati-hati apabila meregangkan bahagian bawah belakang dan leher.
Cara melakukan regangan
‡        Regangan yang membebankan tulang belakang dan cakeranya boleh memudaratkan.
‡        Regangan yang dilakukan ketika duduk lebih baik daripada berdiri,kerana kedudukan ini boleh mengelak daripada tekanan ke bahagian bawah belakang dan dapat mengurangkan kecederaan belakang.
‡        Regangkan otot-otot yang ketat, lemah dan kendur.
‡         Lakukan regangan secara perlahan-lahan dan terkawal.
‡        Ketika melakukan regangan jangan menahan nafas. Bernafaslah sepertibiasa.
Prinsip-Prinsip Senaman dan Aktiviti Fizikal
‡        Apapun bentuk aktiviti senaman yang dipilih dan diamalkan, walaupun semudah berjalan kaki, lakukan mengikut peraturan dan prinsip yang betul.
‡        Klien bukan sahaja dapat melihat perubahan yang dialami hasil daripada amalan bersenam tetapi dapat menghindari daripada sebarang masalah kecederaan fizikal yang serius.
‡         Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah memahami prinsip dan cara bersenam dengan betul.
PRINSIP-PRINSIP SENAMAN AKTIVITI FIZIKAL
1)       Terdapat 5 prinsip senaman dan aktiviti fizikal…..
‡        Prinsip lebihan beban
‡        Prinsip ansur-maju
‡        Prinsip keterbalikan
‡        Prinsip pengkhususan
‡        Prinsip keselamatan
PRINSIP LEBIHAN BEBAN
1)       Merupakan prinsip yang paling asas.
2)     Prinsip ini menyatakan, lakukan “lebih daripada biasa” adalah mustahak untuk mendapatkan faedah daripada amalan senaman.
3)     Untuk otot (termasuk otot jantung) menjadi kuat, otot tersebut perlu menerima lebihan beban atau berupaya menghadapi bebanan yang lebih berat daripada biasa.
4)    Untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menikmati faedah kesihatan yang lebih baik, klien perlu melakukan lebih banyak aktiviti dan di luar daripada kebiasaan. Ingat,lakukan secara beransur-ansur mengikut kemampuan dan keupayaan diri.
PRINSIP ANSUR MAJU
‡        Prinsip ini menentukan bahawa lebihan beban hendaklah ditingkatkan tidak terlalu lambat atau terlalu cepat jika ingin mendapatkan faedah daripada aktiviti senaman yang dilakukan.
‡         Prinsip ini berkait rapat dengan prinsip lebihan beban.
PRINSIP ANSUR MAJU
‡        Prinsip lebihan beban dan prinsip ansur-maju perlu dilakukan serentak mengikut fomula FITT.
®  F = FREQUENCY
‡        Kekerapan untuk mendapatkan kesan yang baik daripada sesuatu aktiviti senaman.Dengan kata lain, aktiviti senaman perlu dilakukan secara tekal atauberkala.
‡        Jumlah hari seseorang klien itu melakukan aktiviti senaman dalam seminggu akan menentukan kekerapan ia bersenam.
‡        Mengikut American College of Sport Medicine (ACSM), untuk mendapat faedah yang dikehendaki individu itu disyorkan bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari seminggu,dijarakkan dengan baik.
®  I = INTENSITY
‡        Intensiti merupakan bebanan atau sekuat mana klien melakukan sesuatu aktiviti senaman.
‡        Sesuatu aktiviti senaman itu perlu dilakukan lebih kuat sedikit daripada biasa untuk memberi cabaran secara berterusan kepada mana-mana sistem badan yang hendak disenamkan.
‡        Contohnya, jika klien hendak tingkatkan kecergasan jantung untuk prestasi tahap tinggi, ia perlu melakukan aktiviti senaman yang secukup lasak yang dapat meningkat kadar denyutan jantung lebih daripada biasa.
®  T = TIME
‡        Sesuatu aktiviti senaman itu hendaklah dilakukan dalam jangka masa yang secukupnya untuk mendapatkan kesan serta faedah yang baik.
‡        Biasanya, masa yang perlu diluangkan bagi setiap sesi senaman ialah antara 20 hingga 30 minituntuk mendapatkan faedah yang optima.
®  T = TYPE
‡        Jenis senaman yang dipilih dan dilakukan hendaklah berasaskan komponen kecergasan yang hendak dicapai dan ini akan memberi faedah kesihatan yang berbeza.
‡        Contohnya, untuk meningkatkan kecergasan dan daya tahan jantung klien perlu melakukan senaman aerobik seperti berjalan kaki atau berjoging.
‡        Untuk meningkat kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan,klien perlu melakukan latihan kekuatan di bahagian tersebut.
PRINSIP KETERBALIKAN
‡        Prinsip ini akan menentukan tahap kecergasan klien sentiasa dapat dipertahankan.
‡        Ini kerana, tahap kecergasan seseorang itu tidak akan berkekalan.
‡        Tahap kecergasan tidak boleh disimpan.
‡        Jika ingin meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan, klien perlu melakukan senaman secara tekal atau berkala.
‡        Kajian telah membuktikan bahawa amalan sesuatu aktiviti senaman itu jika ditinggalkan lebih daripada 72 jam, tahap kecergasannya akan mula menurun.Jika ditinggalkan lebih daripada 6 minggu tahap kecergasan akan menurunsehingga 40%.
PRINSIP PENGKHUSUSAN
1)       Sesuatu jenis aktiviti senaman perlu disesuaikan dengan matlamat senaman.
2)     Contohnya, jika matlamat klien adalah untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan jantung, klien tidak boleh memilih latihan kekuatan atau berat sebagai aktiviti senaman.
3)     Prinsip ini juga berkait rapat dengan prinsip lebihan beban.
4)    Lebihan beban adalah khusus untuk bahagian-bahagian badan tertentu. Jika latihan dilakukan untuk kaki, maka otot-otot di bahagian kaki sahaja yang akan menjadi kuat.
5)     Oleh yang demikian, dalam merangka program senaman(termasuk cara memanas dan menyejukkan badan) pengkhususan adalah mustahak.
PRINSIP KESELAMATAN
1)       Keselamatan semasa melakukan senaman adalah paling utama. Baik dari segi teknik, pakaian (terutama jenis kasut), peralatan tempat senaman, masa senaman, persediaan senaman termasuk prinsip-prinsip lain perlu diberi perhatian dengan serius.
2)     Jangan jadikan senaman anda satu kemudaratan yang boleh membawa padah baik dalam masa terdekat mahupun dalam jangka panjang.
3)     Pastikan prestasi klien perlu berasaskan kemampuan. Jangan cuba bersaing atau meniru orang lain. Setiap individu adalah berlainan segi sifat dan kemampuan.
4)    Lakukan mengikut kebolehan dan keupayaan sendiri. Sentiasa tanamkan dalam minda bahawa dalam senaman tidak ada jalan pintas. 
Aktiviti AEROBIK
1)       Sebelum melakukan sebarang aktiviti ini, klien perlu memakai pakaian yang sesuai dan selesa yang tidak menyekat pergerakan.
2)     Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dipilih bagi mengelakkan kecederaan kaki dan lutut. Fasa ini meliputi perkara-perkara berikut:-
Aktiviti AEROBIK
1)       Lakukan fasa ini sekurang-kurangnya 30 minit untuk sesuatu sesi.
2)     Pilih aktiviti yang digemari, sesuai dengan waktu dan pelbagaikan bagi mengelakkan kebosanan.
3)     Untuk mendapatkan kesan yang maksima, patuhi prinsip-prinsip senaman yang dinyatakan di dalam manual ini.
Kaedah Latihan Aerobik
1)       Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan
berkesan.
2)     Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan adalah :
‡        Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance).
‡        Latihan Fartlek
‡        Latihan Jeda Jarak Jauh
Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)
1)       Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh.
2)     Sesuai dengan namanya, latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, lebih baik kesannya terhadap sistem kardiovaskular.
3)     Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular. 
Latihan Fartlek
4)    Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud ‘speed play’ iaitu latihan pelbagai kelajuan.
5)     Latihan ini biasanya diadakan di kawasan
luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi rendah.
6)     Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya
meningkatkan keupayaan daya tahan otot. 
7)     Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum
sehingga awal musim persediaan khusus. 
Latihan Jeda Jarak Jauh
1)       Latihan Jeda Jarak Jauh adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat.
2)     Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan renang.
3)     Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus.
Kaedah Latihan anaerobik
4)    Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen.
5)     Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh
untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja.
objektif latihan anaerobik
6)     Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut :
‡        Kelajuan
‡        kekuatan otot
‡        daya tahan
‡        Kuasa
‡        ketangkasan
LATIHAN-LATIHAN ANEROBIK
1)       Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan di bawah kaedah latihan anaerobik adalah :
‡        Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat
‡        Latihan pecutan berulang
‡        Latihan pliometrik
Latihan Jeda (jarak sederhana dan jarak dekat) 
1)       Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini memberi penekanan kepada keupayaan tubuh untuk
bekerja secara anaerobik.
2)     Jeda rehat antara ulangan dan antara set memberi peluang kepada otot untuk menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa kelesuan.
3)     Tubuh dapat bekerja dalam satu jangka masa yang lebih lama dan kecekapan otot untuk penghasilan semula ATP meningkat. 
4)    Latihan ini amat sesuai diaplikasikan kepada hamper semua jenis permainan      seperti bola sepak, hoki,
ragbi, badminton dan sepak takraw. 
Latihan pecutan berulang
1)       Latihan pecutan berulang adalah latihan pecutan yang diselang seli dengan jeda rehat bertujuan untuk meningkatkan kelajuan. 
2)     Berbeza dengan latihan jeda,
latihan ini memerlukan pelaku memecut dengan intensiti maksimum pada jarak yang lebih dekat, lazimnya 60 meter atau kurang.
3)     Selepas setiap ulangan pelaku akan berehat aktif secukupnya, iaitu sehingga kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit atau kurang sebelum memulakan ulangan yang berikutnya.
4)    Latihan dikawal oleh kadar nadi pelaku dan masa larian terbaik yang dicatatkan.
Latihan Pliometrik
1)       Latihan Pliometrik adalah latihanlatihan
yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot.
2)     Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen.
3)     Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke
fasa pra pertandingan.
OBJEKTIF PLIOMETRIK
1)       Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar.
‡         Larian lutut tinggi
‡         ‘bounding’
‡         larian ‘tendang pinggul’ (butt-kick)
‡         ‘skip’
‡         lompat sebelah kaki

TERIMA KASIH

BULAN DAN SIFATNYA

JANUARI 
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI 
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi 
MAC 
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan 
APRIL 
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu 
MEI 
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi. 
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros 
JUN 
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. 
JULAI 
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja 
OGOS 
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari. 
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan 
SEPTEMBER 
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik 
OKTOBER 
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap. 
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat 
NOVEMBER 
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 
DISEMBER 
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik 
* Sekadar bahan baccan.